Timbalan Pengerusi

YBhg Dato'  Amardas A/L Jethanand telah dilantik dan diwartakan pelantikannya sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 25 Oktober, 2012 untuk tempoh 3 tahun- tamat tempoh pada 24 Oktober, 2015 [Warta Kerajaan Jil.56, No.22 Tambahan No.1, Perkara No.651 bertarikh 25 Oktober, 2012] dan Pelantikan semula pada 29 Oktober 2015 untuk tempoh 3 tahun. [Warta Kerajaan Jil.59, No.22, Perkara No.1089 Tambahan No. 2, bertarikh 9 Oktober 2015].

Beliau merupakan seorang peguam dan kini giat aktif dalam aktiviti guaman (peguambela dan peguamcara) di bawah gabungan rakan kongsi K.P. Ng & Amardas bertempat di Melaka

Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik beliau adalah seperti  perincian berikut;

Tahun 1982 – B. Econ. (Hons), Universiti Kebangsaan Malaysia; tahun 1986 – L.L.B (Hons), Universiti of Buckingham, England; dan tahun 1987 – CLP University of Malaya.

Penjawatan

Perjawatan  yang pernah disandang beliau sehingga pelantikan sekarang (termasuk sumbangan kepada Masyarakat & Negara) adalah seperti senarai berikut:-

  1. Diterima masuk ke Majlis Peguam Malaysia : 27 Ogos 1988;
  2. Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam Negeri Melaka : 1996 – 2007;
  3. Mewakili Jawatankuasa Majlis Peguam Negeri Melaka ke peringkat Majlis Peguam Malaysia : 1999 – 2001;
  4. Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Guaman bagi Majlis Peguam Negeri Melaka : 2001 – 2003;
  5. Pengerusi Pendidikan Lanjutan Perundangan / Amalan bagi Majlis Peguam Negeri Melaka : 2003 – 2005;
  6. Dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia bagi Majlis Peguam Negeri Melaka : 2006 / 2007;
  7. Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Bantuan Guaman Negara bagi Majlis Peguam Malaysia : 1997 – 2003; dan
  8. Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Ganti Rugi (Indemnity) profesional bagi Majlis Peguam Malaysia : 2005 – 2011.