YBhg Dato' Amardas A/L Jethanand telah dilantik dan diwartakan pelantikannya sebagai Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 18 Februari 2021 untuk tempoh 3 tahun mulai 18 Februari 2021 dan tamat tempoh pada 17 Februari 2024 [Warta Kerajaan Jil.65, No.4, Perkara No.159, bertarikh 18 Februari 2021].
Beliau merupakan seorang peguam dan kini giat aktif dalam aktiviti guaman (peguambela dan peguamcara) di bawah gabungan rakan kongsi K.P. Ng & Amardas bertempat di Melaka
Pencapaian akademik beliau adalah seperti perincian berikut;
Tahun 1982 – B. Econ. (Hons), Universiti Kebangsaan Malaysia; tahun 1986 – L.L.B (Hons), Universiti of Buckingham, England; dan tahun 1987 – CLP University of Malaya.
Perjawatan yang pernah disandang beliau sehingga pelantikan sekarang (termasuk sumbangan kepada Masyarakat & Negara) adalah seperti senarai berikut:-