Laman Web Rasmi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang

JOHAN DI PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT PLANMalaysia ( JPBD SEMENANJUNG MALAYSIA) 2017

22 Ogos 2017 Kumpulan Bona Fide Team telah mendapat Johan di Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ) Sempena Sambutan Hari Inovasi PLANMalaysia 2017 yang telah diadakan di Dewan Auditorium Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) Cyberjaya.

Kumpulan Bona Fide telah membentangkan projek kik iaitu Produk e-Rayuan secara digital sebagai naratif baru dalam Perkhidmatan Awam bagi Penyampaian Perkhidmatan Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang

Sebanyak 4 Kumpulan yang bertanding dan Keputusan penuh Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat PLANMalaysia adalah seperti berikut:

Tempat Pertama : Bona Fide Team - PLANMalaysia@Pulau Pinang

Tempat Kedua : Kumpulan MAXIMIZE - PLANMalaysia@Selangor

Tempat Ketiga : Kumpulan GoMORE - PLANMalaysia@Kelantan

Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia iaitu YBhg Dato' TPr Zainuddin bin Ahamad