Seseorang pemohon bagi kebenaran merancang yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan yang enggan memberikan kebenaran merancang atau dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan dalam memberikan kebenaran merancang itu.
Seseorang yang telah membuat bantahan menurut subseksyen 21(6) dan yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan berhubung dengan bantahannya.
Jika mana-mana orang terkilan dengan apa-apa amaun pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya di bawah seksyen ini, dia boleh, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan hendaklah menaksir amaun pembayaran balik atau pampasan yang hendak dibayar.
Jika pihak berkuasa perancang tempatan berpuas hati:
Pihak berkuasa perancang tempatan boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, melalui notis rekuisisi yang disampaikan kepada pemunya tanah itu-
Dan pemunya itu hendaklah, dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu, yang tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu disampaikan, mematuhi kehendak atau syarat-syarat itu.
Jika orang yang ditawarkan pampasan di bawah subseksyen (6) itu terkilan dengan amaun pampasan itu, dia boleh, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan , merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan hendaklah menaksir amaun pampasan yang hendak dibayar.
Mana-mana orang yang terkilan dengan:
di bawah perenggan 35A(2)(a); atau
boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh dia diberitahu mengenai perintah, penolakan atau pengenaan syarat-syarat itu merayu kepada Lembaga Rayuan.
(D)1 - Jika pemunya tanah yang tanahnya berhubungan dengan suatu perintah pemeliharaan pokokmembuktikan bahawa dia, mematuhi perenggan 35C(1)(a) hingga (d), mengalami kerigian berupa kesusutan dalam nilai tanahnya, dia boleh menuntut pampasan daripada pihak berkuasa perancang tempatan.
(D)2 - Jika pemunya tanah itu tidak berpuas hati dengan amaun pampasan yang diawardkan, dia boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh award itu, merayu kepada Lembaga Rayuan yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan atau mengubah amaun pampasan yang diawardkan itu.
Mana-mana orang yang terkilan dengan:
boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh orang itu diberitahu mengenai perintah, penolakan atau pengenaan terma dan syarat itu merayu kepada Lembaga Rayuan.