Pengguna hendaklah mempunyai emel yang sah sebagai media hubungan di antara Urusetia dan pengguna di dalam semua urusan e-rayuan.
Semua urusan di antara pengguna dan Urusetia adalah samada melalui telefon atau emel.
Semua perolehan dokumen melalui e-rayuan hendaklah dibuat sendiri oleh pengguna samada menyimpannya sebagai salinan digital atau mencetaknya sendiri di dalam bentuk hardcopy. Tiada salinan pendua atau cetakan akan dibuat oleh pihak urusetia bagi pihak pengguna.
Semua bayaran bagi perolehan perkhidmatan atau dokumen hendaklah dibuat secara online/ e-banking/ FPX yang dilengkapi di dalam sistem e-rayuan ini.
Salinan resit bayaran bagi semua perkhidmatan dan perolehan dokumen boleh dicetak sendiri oleh pengguna. Tiada salinan hardcopy akan dikeluarkan oleh pihak Urusetia.
Pengguna boleh dan hendaklah sentiasa menyemak status kes dari mula rayuan didaftarkan sehinggalah selesai, secara online.
Semua panggilan menghadiri sidang Lembaga Rayuan samada di peringkat sebutan, sebutan semula atau pendengaran rayuan adalah melalui emel dan tiada panggilan susulan akan dibuat melalui surat. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan kehadiran ke sidang yang ditetapkan yang pemaklumannya telah dibuat ke emel pengguna.
Semua dokumen yang dibuat perolehan/ dibeli oleh pengguna melalui e-rayuan adalah untuk kegunaan pengguna sendiri dan tidak dibenarkan untuk digunakan bagi mana-mana pihak lain, diubah, dipinda atau diolah semula dalam apa jua bentuk atau format, seluruhnya atau sebahagiannya, tanpa kebenaran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.