Laman Web Rasmi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang

Istilah Keterangan
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang (JPBD)

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Fi / bayaran-bayaran

Fi yang kena dibayar bagi pemfailan notis rayuan dan lain-lain perkara, dan fi bagi pemerolehan dokumen tertentu, yang ditetapkan dalam Jadual Kedua Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan (Pulau Pinang) 2015 yang perlu dibayar oleh Perayu dan pihak berkepentingan.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi

Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan persetujuan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pelantikannya diwartakan di dalam Warta Negeri dan memegang jawatan untuk selama tidak melebihi 3 tahun melainkan dilantik semula.

Pihak yang berhak atau pihak yang berkepentingan di dalam sesuatu rayuan

Merujuk kepada pihak-pihak atau orang-orang berikut:

  • Pihak yang dirujuk oleh PBT kepadanya Borang C(1) - Kebenaran Merancang [kaedah 10(1)], Jadual Pertama Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) 1990, , mengikut seksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];

  • Pihak yang dirujuk oleh PBT kepadanya Borang C(2) - Penolakan Kebenaran Merancang [kaedah 10(2)] Jadual Pertama Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) 1990, , mengikut seksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];

  • pihak yang dirujuk oleh PBT melalui Borang A yang memberitahu hak mereka untuk membantah permohonan (kebenaran merancang) itu dan menyatakan alasan bagi bantahan mereka di dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis disampaikan oleh PBT;

  • pihak yang diberi notis secara bertulis oleh PBT melalui Borang B, memaklumkannya akan pemberian kebenaran merancang oleh PBT kepada pemunya lot yang berjiran dengannya;

  • Responden di dalam rayuan berkenaan (MBPP/ MPSP/ JPBD);

Ahli Panel Lembaga Rayuan

Beberapa yang layak (tidak melebihi 12 orang) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri menjadi ahli tambahan Lembaga Rayuan, selain Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan. Pelantikan ahli-ahli tambahan diwartakan di dalam Warta Negeri dan memegang jawatan untuk selama tidak melebihi 3 tahun melainkan dilantik semula.

Akta

Bermaksud Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

Borang A

Borang A – Notis Kepada Pemunya Lot Berjiran [kaedah 8], Jadual Keempat Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) 1990, mengikut seksyen 21(6) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172]

Borang B

Borang B - Notis Kepada Pembantah (akan pemberian kebenaran merancang) [kaedah 11] Jadual Keempat Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) 1990, mengikut seksyen 22(6), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172]

Borang C(1)

Borang C(1) - Kebenaran Merancang [kaedah 10(1)], Jadual Pertama Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) 1990, , mengikut seksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]

Borang C(2)

Borang C(2) - Penolakan Kebenaran Merancang [kaedah 10(2)] Jadual Pertama Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am) 1990, , mengikut seksyen 22(3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]

Dalam tempoh

Dalam tempoh 1 bulan dari tarikh keputusan kebenaran merancang itu dikemukakan kepada pihak yang berkepentingan, oleh PBT/ PBPT melalui:

a) Surat/ notis /Borang C(1) ;

b) Surat/ notis/ Borang C(2); atau

b) surat/ notis/ Borang B

Tarikh ini dikira dari tarikh surat PBT berkenaan*

Kebenaran merancang

Kebenaran yang diberikan oleh PBT/PBPT dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan kepada pihak yang memohon kebenaran merancang, melalui Borang C(1).

Lembaga Rayuan

Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 36, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172]

Pemunya, berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan

a) tuan punya berdaftar tanah itu;

b) jika, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan, tuan punya berdaftar tanah itu tidak dapat dikesan, ejen atau pemegang amanahnya;

c) jika tuan punya berdaftar tanah itu telah mati, wakil dirinya di sisi undang-undang; atau

d) jika tiada seorang pun antara orang-orang di a), b) atau c) wujud, orang yang pada masa ini menerima sewa tanah atau bangunan itu, sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah seseorang yang lain atau sebagai seorang penerima, atau yang akan menerima sewa itu jika tanah atau bangunan itu disewakan;

e) orang yang diberi notis oleh PBT di bawah seksyen 21(6) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172] berhubung dengan suatu permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan kepada PBT berkenaan.

Pendaftar Lembaga Rayuan

Pegawai yang diilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi urusan pendaftaran rayuan-rayuan yang dikemukakan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172] yang difail di Lembaga Rayuan.

Perayu

Adalah orang/ pihak yang berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang

Rayuan

Rayuan yang dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang di bawah mana-mana seksyen berikut di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172];

  1. 23(1)(a);

  2. 23(1)(b);

  3. 25(9);

  4. 30(1);

  5. 30(7);

  6. 35(C);

  7. 35(D) dan

  8. 35(E)

Tanah berjiran

a) tanah yang bersempadan dengan tanah yang berhubungan dengan suatu permohonan yang dibuat di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172] ;

b) tanah yang dipisahkan dari tanah yang berhubungan dengan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen 21(8), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 [Akta 172], oleh mana-mana jalan, lorong, parit atau tanah rizab yang lebarnya tidak melebihi 20 meter dan yang akan bersempadan dengan tanah yang berhubungan dengan permohonan itu jika tidak kerana dipisahkan oleh jalan, lorong, parit atau tanah rizab itu;

c) tanah yang terletak dalam jarak 200 meter dari sempadan tanah yang berhubungan dengan sesuatu permohonan di bawah seksyen 21(8) jika jalan masuk ke tanah yang berhubungan dengan dengan permohonan itu ialah jalan mati yang digunakan oleh pemunya tanah itu dan pemunya tanah yang berhubungan dengan permohonan itu.

d) pemunyanya (pemunya lot berjiran itu) dirujuk melalui notis secara bertulis / Borang A yang disampaikan oleh PBT memberitahu hak mereka untuk membantah permohonan (kebenaran merancang) itu dan menyatakan alasan bagi bantahan mereka di dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis disampaikan oleh PBT;

e) pemunyanya (pemunya lot berjiran itu) adalah pihak yang diberi notis secara bertulis oleh PBT melalui Borang B, memaklumkannya akan pemberian kebenaran merancang oleh PBT kepada pemunya lot yang berjiran dengannya.

Urusetia

Urusetia Lembaga Rayuan