Laman Web Rasmi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang

Etika Menghadiri Persidangan Lembaga Rayuan


  • Berada di dalam Dewan Persidangan sebelum pukuk 9.00 pagi atau pada masa yang telah ditetapkan oleh Lembaga Rayuan.
  • Tampil ke hadapan apabila nama anda dipanggil oleh Urusetia/Pengerusi.
  • Bangun dan tunduk hormat apabila Pengerusi masuk dan meninggalkan Dewan Persidangan Lembaga Rayuan.
  • Mendaftar kehadiran anda di kaunter urusetia Lembaga Rayuan.
  • Berikan sepenuh perhatian anda kepada prosiding yang sedang berjalan.
  • Dilarang membuat bising semasa Lembaga Rayuan bersidang.
  • Tunduk hormat ketika hendak masuk dan keluar dari Lembaga Rayuan yang sedang bersidang.
  • Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam Dewan Persidangan kecuali jika diarah oleh Lembaga Rayuan.
  • Sebarang jenis senjata adalah tidak dibenarkan.
  • Sebarang rakaman samada dalam bentuk audio atau visual adalah tidak dibenarkan.
  • Telefon bimbit, alat kelui dan lain-lain alat elektronik yang boleh menghasilkan bunyi hendaklah dimatikan.
  • Dilarang merokok di dalam Dewan Persidangan Lembaga Rayuan.
  • Dilarang membaca akhbar, majalah atau media elektronik yang lain.

Waktu


Pukul 8.30 pagi atau atas arahan masa yang ditentukan oleh Lembaga Rayuan

Tempat


Dewan Persidangan Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 57, Komtar,
10000 Pulau Pinang.

Atau lain-lain lokasi yang dispesifikasikan dalam surat panggilan ke persidangan yang dikeluarkan oleh Lembaga Rayuan.

Etika Berpakaian


Pakaian yang bersih dan kemas. Pakaian yang tidak menjolok mata. Anda dilarang memakai:

  • Seluar/skirt pendek
  • Jeans
  • Selipar
  • Topi keledar/topi
  • Cermin mata hitam
  • Baju kemeja tanpa lengan/kemeja T tanpa kolar
  • Pakaian warna terang dan sarat dengan perhiasan

Peranan & Tanggungjawab Saksi di Lembaga Rayuan


Saksi adalah seorang yang memberi keterangan mengenai sesuatu fakta berkaitan dengan kes yang berkenaan. Seseorang yang diserahkan dengan sapina oleh Lembaga Rayuan adalah seorang saksi dan beliau mestilah hadir ke Lembaga Rayuan untuk memberi keterangannya. Sekiranya gagal hadir Waran Tangkap boleh dikeluarkan terhadap beliau. Tujuan saksi hadir ke Lembaga Rayuan adalah untuk mengemukakan keterangan secara lisan atau secara dokumen mengenai sesuatu fakta supaya Lembaga Rayuan dapat membuat keputusan berdasarkan keterangan-keterangan yang diberikan

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Ke Lembaga Rayuan


  • Pastikan tarikh/waktu dan tempat perbicaraan tersebut (sila rujuk pada sapina)
  • Sekiranya anda dikehendaki mengemukakan apa-apa dokumen, sediakan dokumen berkenaan dan bawa pada hari perbicaraan. Rancanglah perjalanan anda, supaya anda sampai ke Lembaga Rayuan sebelum 9.00pagi
  • Anda hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata, mengikut etika berpakaian yang ditetapkan bagi kehadiran ke Lembaga Rayuan

Tanggungjawab Saksi Semasa Memberi Keterangan Di Lembaga Rayuan


  • Gunakan bahasa yang mudah difahami untuk memberi keterangan. (Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris)
  • Angkat sumpah di dalam kandang saksi dengan suara yang kuat dan jelas sambil mengangkat tangan kanan paras bahu
  • Kemukakan kad pengenalan / kad kuasa / passport melalui Urusetia untuk rujukan dan rekod Lembaga Rayuan
  • Hendaklah mendengar dengan teliti soalan-soalan dari pihak-pihak dalam pertikaian atau Pengerusi/Ahli Panel Lembaga Rayuan dan jawab apa yang ditanya sahaja. Jika ada sebarang soalan yang tidak difahami atau tidak jelas, dapatkan penjelasan
  • Jawab dengan sopan, tidak terlalu kuat atau terlalu perlahan: tidak ketawa, nada menyindir atau bahasa kasar
  • Bawa bersama-sama dokumen-dokumen yang akan dikemukakan ke kandang saksi. Dapatkan keizinan Lembaga Rayuan sekiranya ingin merujuk dokumen
  • Pastikan jawapan/keterangan yang diberikan adalah terikat dengan sumpah untuk berkata benar