Laman Web Rasmi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang

SEMINAR LEMBAGA RAYUAN & PELANCARAN E-RAYUAN NEGERI PULAU PINANG 2016

14 Mac 2016 – Jabatan Perancang Bandar dan Desa Pulau Pinang telah berjaya merealisikan penganjuran seminar ini yang telah diadakan di Olive Tree Hotel Bayan Lepas dan menjadi medium pertemuan di antara pengurusan tertinggi Lembaga Rayuan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, pegawai-pegawai perancang Bandar dari agensi kerajaan, swasta serta pengamal-pengamal perundangan. Seminar Lembaga Rayuan dan Pelancaran aplikasi e-Rayuan telah dirasmikan/dilancarkan  oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Tahun ini, genap 25 tahun Lembaga Rayuan dilaksanakan di negeri ini, sekali lagi Kerajaan Negeri melalui JPBD Pulau Pinang telah mengambil tindakan menginovasikan proses pengurusan Lembaga Rayuan selaras dengan perkembangan teknologi di masa kini, serta Pelan Strategik ICT Negeri 2016-2020 yang bertemakan ‘Pentadbiran Kerajaan di Era Baharu Digital’. JPBD Pulau Pinang telah merakyatkan pengurusan salah satu produk penting jabatan ini iaitu aplikasi e-Rayuan.

Aplikasi e-Rayuan dibangunkan dengan hasrat utama untuk memudahkan pengurusan Lembaga Rayuan di kalangan kakitangan dan orang awam yang berurusan dengannya serta membantu sector swasta, khususnya pengamal perundangan dan perancangan Bandar untuk memfailkan permohoan rayuan dan membuat kajian tentang keputusan yang telah dibuat oleh Lembaga Rayuan di Negeri ini.

Dalam seminar ini, terdapat ucaptama ‘“Planning Appeal Board :The Way Forward” oleh YBhg. Dato’ Yeo Yang Poh, Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang.  Empat kertas kerja telah dibentangkan iaitu Kertas Kerja 1 : Lembaga Rayuan : Impian, Realiti dan Cabaran oleh YBrs. Prof. Dr  Ainul Jaria Bt. Maidin Jabatan Undang – Undang Awam Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Kertas Kerja 2 : Lembaga Rayuan Di Era Baharu Digital oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Anuar Bin Maidin Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang. Kertas Kerja 3 : Pihak Berkuasa Tempatan vs Pemaju : Siapa  Betul? Oleh YBhg. Dato’ Maimunah Bt. Mohd Sharif,  Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Kertas Kerja 4 : Pihak Berkuasa Tempatan vs Pemaju : Apa Untuk Rakyat? Oleh YBRS. Tuan Ong Yu Shin Peguam Cara dan Peguam Bela.

Sesi panel juga diadakan untuk membincangkan isu dan cabaran Lembaga Rayuan. Ahli-ahli panel terdiri daripada YB. Tuan Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Pengerusi J/K MMK Perancang Bandar & Desa dan Perumahan Negeri Pulau Pinang. YBhg. Dato’ Yeo Yang Poh Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang. YBhg. Dato’ Abu Bakar Bin Awang Pengerusi  Lembaga Rayuan Negeri Selangor. YBHG. Dato’ Hjh. Shamsuriah Bt. Sulaiman Pengerusi  Lembaga Rayuan Negeri Perak dan Moderator YBrs. Hjh. Norasiah Bee Bt.  Mohd Hanif, Pengarah Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia.

Berita Berkaitan : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/tiada-isu-bayar-wang-ganti-rugi-1.497140