Laman Web Rasmi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang

LAWATAN TEKNIKAL PLANMalaysia@Perak

1 Mac 201 Seramai 15 orang pegawai PLANMalaysia@Perak (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak) telah mengadakan lawatan kerja ke PLANMalaysia@Pulau Pinang.

Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dari PLANMalaysia@Pulau Pinang mengenai pelaksanaan Aplikasi e-Rayuan Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang, Pengurusan Kaunter (Deligting Customer) dan Kawalan Perancangan Bandar di Negeri Pulau Pinang. Taklimat Aplikasi e-Rayuan telah disampaikan oleh Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang dan Pengurusan Kaunter serta kawalan perancangan telah disampaikan oleh Bahagian Kawalan Perancangan PLANMalaysia@Pulau Pinang.

PLANMalaysia@Perak dan PLANMalaysia@Pulau Pinang telah berkongsi pengalaman untuk meningkatkan lagi perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat melalui perkhidmatan awam secara digital.