Laman Web Rasmi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang

JOHAN DI KONVESYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) HORIZON BAHARU PERINGKAT KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

07 November 2017 Kumpulan Bona Fide Team telah mendapat  Johan di Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Peringkat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Sempena Sambutan Hari Inovasi KPKT 2017 yang telah diadakan di Dewan Kristal Aras B1 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Persiaran Perdana Presint 4 Putrajaya.

Kumpulan Bona Fide telah membentangkan projek KIK iaitu Produk e-Rayuan secara digital sebagai naratif baru dalam Perkhidmatan Awam bagi Penyampaian Perkhidmatan Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang

Sebanyak 9 Kumpulan yang bertanding dan Keputusan penuh Konvesyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (Kik) Horizon Baharu Peringkat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah seperti berikut:

Tempat Pertama : Bona Fide Team - PLANMalaysia@Pulau Pinang

Tempat Kedua : Kumpulan S.A.R - Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Sembilan

Tempat Ketiga : Kumpulan Wave -PLANMalaysia@Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)

Hadiah telah disampaikan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)