Laman Web Rasmi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAJLIS PERBANDARAN KULIM KEDAH

7 Februari 2018 Kumpulan KIK MCRC Majlis Perbandaran Kulim telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang bagi pembelajaran dan perkongsian KIK Horizon baru bagi projek e-Rayuan. Perkongsian adalah mengenai pengalaman PLANMalaysia@Pulau Pinang yang telah memenangi pertandingan KIK Horizon baru bagi tahun 2017.

Kumpulan KIK MCRC Majlis Perbandaran Kulim dan Kumpulan KIK Bona Fide Team PLANMalaysia@Pulau Pinang telah berkongsi pengalaman dan pandangan untuk memantapkan lagi Laporan dan persembahan untuk projek KIK tahun 2018.